CARA MENGECAT DENGAN BETUL


Musim PKP ni semakin ramai yang kreatif, mungkin disebabkan 24 jam duduk di rumah jadi perlukan suasana baru yang lebih segar untuk diri dan keluarga.

Cara termudah untuk menimbulkan ruang yang selesa adalah dengan penggunaan cat baru pada dinding rumah.

Tapi bila bab mengecat rumah tidak semudah yang kita sangka. Terdapat teknik yang perlu anda ketahui bagi memastikan proses mengecat berjalan dengan lancar dan dapat hasil yang diimpikan.

Sebenarnya, kalau nak mengecat rumah, terdapat beberapa cara yang perlu diikuti agar proses mengecat itu berjalan dengan lancar tanpa perlu mengecat berulang kali.

CARA MENGECAT RUMAH DENGAN BETUL, TAK BERCAPUK DAN TAK PERLU ULANG DUA KALI

1. Mula-mula kena pilih warna pilihan anda.

Bagi memastikan rumah anda kelihatan cantik dengan warna yang kemas dan menarik, sangat penting bagi memastikan anda memilih rona warna yang sesuai dengan rumah anda. Bagi pilihan warna, boleh dapatkan / rujuk template warna daripada kedai-kedai cat berhampiran anda atau secara online juga boleh.

Setiap brand cat, terdapat katalog warna yang tersendiri. Anda boleh pilih rona warna cat mengikut cita rasa masing-masing. Contoh katalog warna di bawah ialah daripada brand Nippon.





2. Kena tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah

Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis. Untuk exterior (dinding luar) dan interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar. Kena pilih yang exterior sebab cat exterior memang direka khas untuk lebih tahan cuaca dan tahan air.

Berbeza dengan cat interior. Ianya direka khas untuk cat dalaman dinding rumah sahaja. Sebab itu penting untuk tahu sama ada nak cat dinding dalam rumah atau luar rumah.


Cat Exterior


Cat Interior



3. Cat Juga Ada Pelbagai Gred dan Pelbagai Pilihan

Ada cat yang kurang bau, ada cat yang berbau hangit, berbau oren, ada yang berkilat, ada yang tak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak-anak conteng.


Contoh cat yang boleh dibasuh



4. Cat pon ada pelbagai Jenama

Cat bukan sahaja sekadar cat semata-mata. Kebanyakkan cat yang berkualiti datang daripada jenama yang dikenali ramai seperti Nippon, Dulux, Sancora, Mci dan sebagainya. Sebagai pembeli, mesti kita nak beli cat yang berkualiti tinggi sebab boleh memberikan hasil yang memuaskan. 

Tambah-tambah lagi sekarang ni musim pkp, mesti anda boleh habiskan masa dengan mengecat di rumah. Jadi dah alang-alang nak mengecat tu, beli cat yang berkualiti tinggi. Dijamin puas hati.


Contoh cat brand Dulux



Contoh cat brand Sancora



Contoh cat brand Nippon




5. Cat Sealer / Primer

Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nanti jadi seperti yang diimpikan atau sama tone seperti dalam katalog yang anda tengok kat kedai masa beli. Sebelum cat rumah, lihat dulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat selear terlebih dahulu sebelum anda terus cat warna base (cat warna pilihan anda).

Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah maknanya dinding memang kosong atau anda nak repaint dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat-cat lama sudah tanggal dan menggelembung teruk.

Tapi anda haruslah buang semua cat-cat lama terlebih dahulu. Kikis atau gosok barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit-sikit sahaja, tak perlu nak cat sealer lagi.

Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan membuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih tonanya.



Contoh cat sealer




6. Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer

Cat sealer tak sama dengan cat warna putih untuk dijadikan sebagai alas. Fungsi sealer adalah untuk melindungi cat calour. Kalau anda nak guna cat putih, di akurang melindungi, dia curang. Jadi colour yang anda nak jadi tak seperti colour dalam kod anda tengok atau akan jadi tompok-tompok putih.

Cat sealer warnanya memang putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer tak akan bertukar menjadi putih pekat kerana  fungsinya bukan sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna tak rata, bertampung-tampung putihnya itu adalah biasa kerana cat itu cat sealer. Biarkan sahaja begitu sahaja kerana cat sealer hanya sebagai cat alas sahaja tak perlu cantik-cantik.


Contoh cat sealer di dinding




7. Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.

Kacau terlebih dahulu sebelum mula mengecat. Ini juga bahagian penting untuk cat. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan warna sedikit lariatau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat. Boleh kacau apaki kayu atau besi. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yang lain untuk jadikan cat tu sebagai "teh tarik", barulah cat tu betul-betul bergaul atau bergelumang sesama sendiri. Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan "teh tarik".







8. Teknik Mengecat

Ramai orang ingat mengecat merupakan satu perkara yang senang. Gelek-gelek roller nanti jadilah colour yang kita nak tu. Tapi kena guna teknik yang betul. Kalau salah guna teknik nanti boleh rosak cat dinding. Teknik yang paling senang ialah guna teknik 'M' atau 'W'.

Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf  W atau M. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata tetapi jangan panik. Biarkan je jangan salahkan skill cat anda. Tunggu sehingga lapisan pertama kering dan mulakan dengan lapisan kedua.

Cat sekarang cepat kering dan mudah dibersihkan sekiranya terkena pada tangan hanya cuic dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas cat lapisan kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda.







Setakat di sini sahaja perkongsian buat anda semua. Buat anda yang berminat untuk beli cat, boleh klik link kat bawah.
 
Bukan setakan cat je ada, barangan perkakas rumah pun ada.



CALL : 0127413500


0/Post a Comment/Comments

Terbaru Lebih lama